Taip Bahan Carian

Selasa, 30 Oktober 2012

Doa Pembuka 12 Pintu



"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


~Amin~

Doa-Doa Magnet Rezeki

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.

DAPATKAN SEKARANG!!!

Sabtu, 27 Oktober 2012

Percuma Ebook Asas Java Programming

Java adalah bahasa pengaturcaraan yang boleh dijalankan di pelbagai komputer termasuk telefon bimbit.

Sejarah Java. Java adalah bahasa pengaturcaraan yang disusun oleh James Gosling yang dibantu oleh rakan-rakannya Patrick Naugton, Chris Warth, Ed Frank, dan Mike Sheridan di suatu syarikat perisian yang bernama Sun Microsystem, pada tahun 1991. Bahasa pemrogramaman ini mula-mula diinisialisasi dengan nama "kod Oak", namun pada tahun 1995 diganti namanya menjadi "Java".

Alasan utama pembentukan bahasa Java adalah untuk membuat aplikasi-aplikasi yang boleh dijalankan pada pelbagai macam platform dari pelbagai peranti elektronik, seperti komputer, mobile phone, remote, dan sebagainya. Itulah mengapa dalam pengaturcaraan Java dikenal istilah "write once, run everywhere", yang bermaksud kod program hanya ditulis sekali, namun boleh dijalankan di bawah platform mana-mana, tanpa perlu melakukan perubahan kod program.

Java boleh membuat perisian yang dapat ditanamkan (embedded) pada pelbagai mesin dan peralatan konsumer, seperti handphone, microwave, remote control, dan lain-lain. Hal ini kemudian Java mempunyai konsep yang disebut write once run anywhere.

Untuk membina perisian menggunakan Java maka diperlukan Java Development Kit (JDK). JDK release pertama tahun 1996 iaitu JDK 1.1 yang diterima pakai oleh Netscape. JDK terbaru sekarang (September-tahun 2004, ketika modul ini ditulis) adalah JDK 1.4.2_3. Semua program dan dokumentasi dari JDK ini boleh di-dwonload secara percuma disitus www.sun.java.com.

Ingin jadi seorang programer? Berminat untuk belajar java? download ebook asas java yang berjudul "Java Programming for Kids,Parents and GrandParents"

Selamat mencuba untuk bakal-bakal programer Malaysia.





Khamis, 25 Oktober 2012

5 Jutawan Adsense

Sebut sahaja Advertising Programs, semua akan terfikir adsense. Boleh ke kaya hanya melalui Adsense?
Jom kita lihat berapa income antara Publisher Adsense di seluruh dunia. 



1. Markus Frind - PlentyOfFish.com - $ 300,000 (RM 928,500.01) sebulan



Markus Frind dilahirkan pada 1979. Beliau menjadi kaya dengan laman web beliau di  Plentyoffish [dot] com. Dia adalah orang yang membuat laman web untuk perkhidmatan dating percuma dalam talian. Bermula  dari apartmennya sendiri, tidak lama selepas itu laman webnya menjadi salah satu Laman Web Dating Online terbesar.



2. Kevin Rose - Digg.com - $ 250,000 (RM 773,750.01) sebulan


Kevin Rose lahir pada 21 February 1977, bermula dengan membangunkan Digg pada Disember 2004, iaitu salah sebuah laman web sosial di mana kebanyakan ia adalah berita, video dan gambar yang disiarkan oleh pengguna supaya pengguna lain dapat membaca dan melihat.



3. Schoemaker Jeremy - $ 140,000 (RM 433,300.00) sebulan


Jeremy "ShoeMoney" Schoemaker, dilahirkan pada 31 May 31 1974. Beliau adalah seorang usahawan web, pengasas ShoeMoney Media. Blog ShoeMoney ini adalah blog affiliate yang terkenal tahun 2006 dan pada tahun 2007 beliau mendakwa bahawa blognya telah menjana $ 10.000 bulanan dengan penjualan iklan. Pada 1 Oktober 2008 beliau menerima cek dari Google berjumlah $ 132,994.97.



4. Jason Calacanis - Weblogs, Inc - $ 120,000 (RM 371,400.00) sebulan


Jason McCabe Calacanis dilahirkan pada 28 November 1970. Dia adalah Pencipta Weblogs, Weblogs adalah rangkaian blog dan beliau berfikir tentang perkara ini apabila dia dapat menjana pendapatan $ 4000 sehari dari Google Adsense.  Beliau menjual blognya kepada syarikat AOL dengan harga $ 25 Juta dan membuka syarikat Brian Alvey.



5. Tim Carter - AskTheBuilder.com - $ 30,000 (RM 92,850.00 Hanya) sebulan


Tim Carter adalah tukang paip dan tukang kayu profesional dengan rancangan radio sendiri. Dia mula membina laman web pada tahun 1995 dengan objektif utamanya untuk berkhidmat peminat. Pada April 2004 Carter mula belajar adsense dan meletakkan ia di laman web ini, dengan pengoptimuman sedikit laman web beliau dia boleh meningkatkan pendapatan dari $ 1,500 hingga $ 7,500.


p/s: Jutawan nuffnang sape pula yerr?


Ahad, 14 Oktober 2012

Cara scan website scammer


Apabila sebut sahaja skim cepat kaya, semua orang akan teringat akan Skim Pak Man Telo yang paling terkenal di Malaysia pada ketika dulu. Skim Pak Man Telo yang membabitkan 50,000 pelabur dengan dana sebanyak RM99 Juta dan akhirnya lebur!

Begitu juga dengan Swiss Cash yang merupakan pelaburan antara bangsa, juga akhirnya lebur!

Kedua-dua skim tersebut adalah scam.

Scam di dalam kamus oxford bermaksud “dishonest plan to making money”, atau dalam bahasa melayunya, suatu rancangan yang tidak jujur di dalam membuat duit. Kebiasaannya pada peringkat awal, mereka akan membayar wang pada ahli. Tetapi setelah mendapat keuntungan yang banyak, mereka akan cabut lari.. office ditutup, pengurus entah kemana, dan website pun dah hilang.

Parah..! parah !... kalau modal RM10 ok la pejam mata, tapi kalau RM10,000? siang malam tidur tak lena..

ok pendekkan cite, sebenarnya saya nak kongsi bagaimana kita nak kesan sesuatu skim itu adalah scam atau tidak dengan melalui semakan atau research di internet. Saya ada 3 langkah atau prosedur untuk check tentang sesebuah syarikat yang menjalakan bisnes online. Hasil yang kita perolehi adalah sebagai panduan sejauh mana untuk kita sertai.


Cara scan website scammer

1.
Melalui godaddy.com
godaddy.com adalah sebuah laman yang kita boleh gunakan untuk mengetahui detail mengenai sesebuah domain, secara percuma.



Segala butiran laman web seperti tarikh website di create, tarikh luput web, siapa admin, alamat syarikat dan sebagainya akan tertera.

Kebiasaannya saya akan search pula admin atau syarikat di internet, adakah ia pernah dilabel sebagai scammer sebelum ini atau dalam mana-mana bisnes yang lain.Ini kerana kebiasaannya, setelah scammer cabut lari, dia akan membuka suatu program yang lain pula.

Lebih pelik lagi, ada juga sesuatu pelaburan tidak mempunyai syarikat, hanya ada website sahaja... ini lagi parah!


Ke-2
hypestat.com dan whois.domaintools.com adalah sebuah laman web yang membolehkan kita untuk mengetahui pelawat dari seluruh negara secara percuma. Jika domain dikatakan berdaftar di usa tetapi pelawatnya hanya malaysia dan indonesia itu adalah sangat besar risikonya.


Ke-3
Melalui scamadviser.com
scamadviser.com berfungsi untuk adalah sebuah laman web yang membolehkan kita untuk mengetahui peratusan kebolehpercayaan terhadap sesebuah website.

berikut adalah contoh yang saya scan laman web churpchurp.com


Domain name: churpchurp.com
Domain Age: 3 Years, 103 Days
Expires on: 03-Jul-20
Owner: Nuffnang Pte Ltd
Address: Cheo Ming Shen 38 Kinta Rd #02-04 SG, Singapore 219107

Kesimpulan: Ternyata nuffnang dan chrupchurp adalah sebuah laman web yang selamat dan boleh dipercayai.. so ape lagi? jom la daftar churpchurp.com.. 1 klik dibawar RM0.20/RM0.40 
:)

Sebenarnya ada banyak lagi laman-laman web yang boleh kita gunakan untuk melihat butiran-butiran sesuatu website, antaranya ;
    www.networksolutions.com/whois/
    www.betterwhois.com/
    www.allwhois.com/
    www.whois.sc/
    www.whois.net/
    www.internic.net/whois.html
    www.easywhois.com/
    www.who.is/
    www.whois-search.com/
    www.iwebtool.com/whois

Ada lagi ke yang saya tertinggal? kita boleh kongsikan bersama disini... 





Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...