Taip Bahan Carian

Khamis, 17 November 2016

UPSR 2016: Ranking Sekolah Terbaik Setiap Negeri

Senarai kedudukan negeri dalam keputusan UPSR 2016.


DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85.

DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

DI PULAU PINANG, seramai 399 calon UPSR 2016 di Pulau Pinang berjaya mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus.

DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77.

DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.

DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.

DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini.

DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29.

DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A.

DI NEGERI PERLIS, seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri Perlis, berjaya mendapat keputusan penuh semua A




Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...