Taip Bahan Carian

Selasa, 13 Disember 2016

Buat Duit Dengan Bigo Live


Di abad 21 ini media sosial berkembang dengan pesat sekali seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp dan sebagainya. Kegemaran orang berinteraksi satu sama lain di dunia maya memunculkan kreativiti baru daripada para pemaju aplikasi. Jika dahulu media sosial berasaskan imej, teks atau mesej ringkas, kini banyak muncul juga media sosial berasaskan video streaming dan salah satunya yang sedang popular kini adalah Bigo Live.

Bigo Live merupakan fenomena media sosial baru. Pemaju aplikasi ini bernama Bigo Technology Pte Ltd yang berpusat di Singapura. Live video streaming social network ini baru dikeluarkan pada Mac 2016. Aplikasi ini boleh didapati di Play Store android dan apple secara percuma.

Dalam sekejap, aplikasi ini mampu mengalahkan aplikasi yang sudah lebih dulu popular seperti Snapchat, Camfrog, Cliponyu dan Nonolive. Yang menjadikan Bigo Live lebih diminati adalah kemampuan video streaming yang lebih cepat dan kualiti gambar yang lebih baik.


Apa yang boleh dilakukan di Bigo Live?

Bigo Live membolehkan setiap orang berinteraksi dengan video streaming secara live. Setiap orang boleh mempunyai dua peranan di aplikasi ini, iaitu sebagai broadcaster dan sebagai viewer.

Untuk menjadi seorang broadcaster, anda hanya perlu mengaktifkan ciri kamera di Bigo Live. Tentu saja, syarat utamanya telefon bimbit yang anda gunakan harus mempunyai kamera depan yang mencukupi. Sedangkan majoriti user adalah viewer yang mengikuti siaran langsung para broadcaster.

Sebagai seorang broadcaster, anda boleh menyaksikan dunia kehidupan anda pada orang ramai dengan melakukan banyak hal seperti menyanyi, bermain gitar, menayang movie, menari, memasak, berkongsi tutorial make up atau fesyen.

Sememangnya setiap teknologi akan memberi kesan baik dan buruk pada pengguna. Begitu juga dengan media sosial seperti Bigo Live. Bigo Live mampu memberikan kesan positif yang nyata bagi para penggunanya. Sebaliknya, ia juga mampu memberi kesan negatif jika seseorang salah dalam memanfaatkan aplikasi video streaming Bigo Live.

Beberapa broadcaster kerap menunjukkan aksi yang berbau lucah. Kebanyakan broadcaster adalah wanita. terdapat di beberapa negara mereka menggunakan Bigo Live untuk menjual diri.

Hal tersebut sebenarnya disokong juga oleh para viewer yang kerap meminta broadcaster melakukan tindakan-tindakan tertentu secara live. Gunalah bigo untuk perkara yang berfaedah.


Bagaimana untuk menjana wang dari Bigo Live

Semua orang boleh menjadi broadcaster di Bigo Live. Tapi ada yang namanya broadcaster rasmi atau official broadcaster / official host. Mereka adalah broadcaster yang rutin melakukan siaran di Bigo Live.

Tentu saja, sebagai penyiar rasmi mereka dibayar untuk setiap siaran yang dilakukan, sama dengan pekerjaan formal lain. Berapa gaji yang diterima official broadcaster? Khabarnya cukup besar, tetapi saya tidak begitu pasti.

Untuk mendapat gaji dari Bigo Live, tidak semua orang boleh menjadi official broadcaster. Mereka yang berminat, perlu mengikuti seleksi terlebih dahulu. Beberapa syarat untuk menjadi broadcaster di antaranya Lelaki atau lelaki berusia 16 - 30 tahun, mempunyai penampilan fizikal yang menarik, menyeronokkan dan komunikatif.

Selain itu broadcaster juga boleh meraih pendapatan dari live broadcasting yang dia lakukan. Pendapatan itu boleh diperoleh dari gift berupa beans atau diamond yang diberikan oleh para viewer sebagai bentuk penghargaan.

Jadi setiap melakukan siaran, viewer biasanya akan memberikan virtual gift kepada broadcaster. Gift tersebut berupa diamond atau beans. Nilai tiga diamond bersamaan dengan 10 beans.

Gift tersebut diperoleh tidak secara percuma tapi dibeli dari Bigo Live. User Bigo Live boleh membeli diamond dengan menggunakan Google Wallet. 

Berikut adalah harga diamond bigo live;

60 Diamond = $0.99
424 Diamond = $6.99
1212 Diamond = $19.99
5454 Diamond = $89.99

Broadcaster yang mendapat gift dari viewer dapat mengumpulkan ribuan beans setiap kali siaran selama satu hingga dua jam. Broadcaster boleh menukarkan gift tersebut menjadi wang. Semakin banyak beans yang dimiliki, maka semakin besar pula wang yang boleh diperolehi.


User Bigo Live akan memberikan berbagai macam virtual gift seperti cincin, bunga, motosikal hingga supercar. Harga masing-masing gift tersebut berbeza-beza misalnya bunga bernilai 1 diamond dan cincin bernilai 10 diamond. Sedangkan gift paling mahal adalah supercar bernilai 3,000 diamond. Jadi jika ada broadcaster yang mendapat supercar, pendapatannya akan cepat melonjak.

Virtual gift yang diberikan kepada broadcaster akan ditukar menjadi beans. Kemudian beans tersebut boleh ditukar menjadi wang dengan rate 210 beans bersamaan US $ 1 (satu dollar). Untuk dapat menukarkan beans menjadi wang, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 6700 beans yang boleh ditukarkan menjadi US $ 32.

Berapa pendapatan terbesar yang boleh diperolehi oleh seorang broadcaster? Jawapannya tidak terhingga. Contoh sahaja, seorang streamer di Thailand dapat memperoleh 890000 beans hanya dengan duduk manis di hadapan kamera depan telefon bimbitnya melalui Bigo Live. Bagi pengguna Malaysia gunalah bigo untuk perkara yang berfaedah.

Semoga artikel ini bermafaat.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengarut btol blog ni.. Kongsi download pelbagai konon. Mengarut2 ko upload. Bodoh

Unknown berkata...

Dalam Midea saya pemerhati saja....

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...