Taip Bahan Carian

Selasa, 31 Mei 2016

Ikan Keli Mengandungi Sel Kanser?


Benarkah ikan keli mengandungi sel kanser? Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.


SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia memaklumkan bahawa dakwaan yang mengatakan ikan keli mengandungi 10,000 sel kanser adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia melalui laman sosialnya memaklumkan bahawa tiada sebarang kenyataan sedemikian dilaporkan menerusi laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, tiada sebarang rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Berhubung dakwaan yang mengatakan ikan keli diternak dipenuhi dengan steroid dan bahan kimia lain menggemukkan, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa tiada maklumat yang diperoleh (buat masa ini) mengenai kajian atau laporan spesifik berhubung  pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di negara ini.

Menurut kenyataan berkenaan, ikan keli adalah spesies ikan yang murah dan cepat membesar, maka tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran.

Katanya, ikan keli yang diberi makan minyak berlebihan boleh menyebabkannya berubah rasa dan bau.

Dalam pada itu, ikan keli bukannya merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik seperti ikan marin malah ia seperti kebanyakan ikan air tawar lain yang mempunyai lebih banyak asid lemak omega-6 berbanding omega-3.

Difahamkan, tidak dinafikan pengambilan omega-6 yang tinggi mempunyai risiko seperti yang dinyatakan seperti di atas. Namun tiada kajian spesifik yang mengaitkan pengambilan ikan keli dengan penyakit yang disenaraikan.


Khasiat Ikan Keli

Ikan keli mengandungi Omega-3 yang tinggi.

Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar Lemak Yang Rendah

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Baik untuk jantung

Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.  Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.

Ikan keli mengandungi DHA

Selain itu, ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.  Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.


Jumaat, 27 Mei 2016

Lumpur Terbaik Serap Toksin


Lumpur ialah campuran tanah dan air, terjadi melalui pengenapan bahan liat yang dihasilkan oleh tindak balas kimia dan geologi serta pengumaian microb. Kandungan lumpur bukan sahaja bergantung kepada sumber mineral dan unsur-unsur micro malah ia mengandungi pelbagai khasiat vitamin seperti sebatian silikat yang boleh menghilangkan bahan kumuhan di luang-luang kulit dan sebum yang berlebihan..

Penggunaan lumpur untuk kesihatan dan kecantikan juga diakui di seluruh dunia sejak beribu tahun dahulu. Menurut sejarah purba mesin yang menyatakan bahawa Permaisuri Cleopatra pernah menggunakan lumput dalam penjagaan kulitnya.

Lumpur dikatakan mempunyai ciri-ciri penyembuhan apabila dapat menyerap toksin dalam tubuh manusia. Justeru lumpur sangat berguna dalam mencegah pelbagai penyakit, selain membantu menyegarkan dan menenangkan tubuh kerana mampu mengekalkan kelembapan dalam tempoh lama.

Antara manfaat lumpur ialah;

  • Dapat melegakan otot dan sendi, 
  • Meningkatkan peredaran darah, 
  • Mengekalkan metabolisme sekali gus memberikan impak baik kepada pencernaan, 
  • Berguna untuk meredakan kesakitan, bengkak dan keradangan,
  • Boleh dijadikan perapi untuk rambut.


Lumpur yang didapati di bahagian yang berlainan bumi mempunyai ciri-ciri berbeza. Malah, komposisinya juga berbeza mengikut tempat asalnya kerana kandungan mineral dalam lumpur berkenaan dipengaruhi jenis batuan, proses pembentukan tanah dan flora serta fauna di tempat ia ditemui.

Untuk menjadikan lumpur sebagai bahan kosmetik, bahan semula jadi ini perlu dikeringkan, dijadikan serbuk dan disaring untuk menyingkirkan kekotoran seperti pasir, rumput atau cacing sebelum digunakan. Malah, amat penting juga untuk mengetahui jenis lumpur sebelum menikmati manfaatnya.

Pantai Daecheon, Boryeong, Korea Selatan

Pantai Daecheon di Boryeong, Korea Selatan, diiktiraf sebagai lumpur terbaik dunia. Malah, lumpur laut di kawasan berkenaan juga terpelihara kerana ia amat dijaga oleh pihak kerajaan dari segi kualiti bahan semula jadi.

Lumpur Pantai Boryeong dikatakan berkualiti tinggi berikutan diambil terus dari kawasan pasang surut pantai berkenaan. Kajian mendapati lumpur laut Boryeong yang dikeluarkan secara besar-besaran pada Julai 1996 amat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana, lumpur dari pantai berkenaan didapati menghasilkan sejumlah besar sinar inframerah jauh (FIR) iaitu satu bentuk cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Menurut Pakar Kecantikan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boryeong Mud Malaysia Sdn Bhd, Erica Wong, sinaran ini mengaktifkan molekul air dalam sel-sel dan darah kita.

Malah, kesan FIR juga mempertingkatkan tahap oksigen dalam badan, menyingkirkan toksin dan lemak daripada saluran darah dan membantu meningkatkan fungsi saraf.



Disebabkan kelebihan lumpur laut Boryeong yang turut mengandungi germanium, mineral dan bentonit lebih baik daripada kebanyakan lumpur laut dari negara lain, pantai berkenaan menjadi tumpuan jutaan pengunjung pada setiap kali musim panas dan dijadikan destinasi pelancongan yang terkenal dengan pesta mandi lumpur.

“Lumpur laut Boryeong dikenali kerana manfaatnya yang mampu memberi kesan menenangkan dan melakukan proses detoksifikasi kulit. Tanah liat dari Boryeong mengandungi peratusan lebih tinggi daripada lumpur laut biasa dan digalakkan sebagai rawatan setiap minggu.

“Rawatan dan kesan spa akan meningkatkan pengedaran atau metabolisme badan dan sistem saraf. Menggunakan lumpur jenis ini sebagai penjagaan kulit harian mampu memperbaiki warna kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit dan membantu kulit berehat daripada tekanan terutama pada kulit sensitif,” katanya.

Katanya, lumpur laut Boryeong mempunyai banyak mineral dan elemen mikro seperti karbon, nitrogen, fosforus, sulfur, besi, sebatian silikat. Ia turut mengandungi bahan organik dan hormon analog seperti prolan dan estrogen, di samping banyak vitamin seperti thiamine, asid askorbik, asid folik dan vitamin B12.

“Lumpur laut Boryeong mempunyai kesan yang luar biasa untuk terapi trauma kerana kesan antimikrobial dan pensterilan. Kandungannya yang semula jadi juga membolehkan ia selamat digunakan oleh kanak-kanak.

“Kami mempunyai beberapa pelanggan yang mengalami masalah kulit ekzema dan kulit mereka semakin baik selepas melakukan terapi lumpur berikutan bahan semula jadi ini memberi keseimbangan pH pada kulit.

“Kulit kita tergolong kepada jenis biasa, kering, berminyak, sensitif dan kombinasi semuanya. Namun, jenis kulit boleh berubah mengikut masa bergantung kepada faktor seperti kandungan air dan minyak serta tahap sensitif,” katanya.

Erica berkata, Boryeong Mud memiliki rangkaian penjagaan kulit yang sesuai untuk kegunaan harian dan mingguan. Malah, lumpur laut Boryeong juga boleh digunakan bagi merawat masalah rambut dan kulit kepala.

“Rambut yang sihat berasal dari kulit kepala yang sihat dan kegunaan lumpur laut berterusan mampu meningkatkan kesihatan kulit kepala seterusnya mengurangkan keguguran rambut, kelemumur dan kulit kepala berminyak.

“Ekstrak lumpur laut ini yang dijadikan perapi juga menjadikan rambut lembut, lembap, berkilat dan mengelak rambut tidak terurus,” katanya

Tas

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...