Taip Bahan Carian

Isnin, 20 Mac 2017

Roti Bakar Penyebab Kanser


Roti Bakar boleh menyebabkan kerosakan DNA dan meningkatkan risiko kanser.

Makanan berkanji seperti roti dan kentang dikatakan mampu menghasilkan acrylamide iaitu bahan sampi­ngan bertoksik penyebab kanser jika makanan tersebut dipanggang, dibakar atau digoreng terlalu lama pada suhu tinggi.

BBC melaporkan, amaran itu dikeluarkan oleh Agensi Piawaian Makanan (FSA) yang mengesyorkan kepada aspek keselamatan dalam penyediaan makanan.

Menurut agensi itu, kentang juga tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk.


Hal demikian kerana kadar gula dalam kentang akan mening­kat pada suhu rendah yang turut menambah jumlah acrylamide ketika dimasak.

Acrylamide dalam makanan dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan khususnya yang mengandungi karbohidrat digo­reng pada suhu 120 darjah Celsius bagi menjadikannya lebih sedap.

Walau bagaimanapun, FSA memberitahu pihaknya belum memastikan dengan tepat kuantiti acrylamide yang boleh diterima oleh seseorang namun jumlah yang banyak boleh membawa kepada penyakit kanser.

“Pastikan makanan berkanji ini tidak dimasak, digoreng, dibakar atau dipanggang secara tidak berlebihan. Makanlah dengan cara yang sihat serta diet yang seimbang,” jelas FSA.

Sementara itu, pakar kanser United Kingdom, Emma Shields mengakui acrylamide dalam makanan boleh dikaitkan dengan kanser.

“Pemakanan seimbang boleh membantu seseorang untuk tidak terdedah kepada risiko kanser. Banyak faktor kanser seperti me­rokok, obesiti dan alkohol yang boleh memberikan kesan besar kepada penyakit itu,” ujarnya

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...